Perbandingan Jenis-Jenis Pengeluaran
KWSP Akaun 2 Untuk Membeli Rumah
Secara ringkasnya EPF /
KWSP telah menyediakan 5 jenis pengeluaran KWSP Akaun 2 untuk bantu rakyat
Malaysia memiliki rumah dengan lebih mudah seperti berikut:
§ Pengeluaran
Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan
§ Pengeluaran
Membina Rumah
§ Pengeluaran
Membeli Rumah
§ Pengeluaran
Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
§ Pengeluaran
Perumahan Fleksibel
Pengeluaran Mengurang / Menyelesaikan Pinjaman Perumahan
Ciri-Ciri Penting
|
|
Tujuan
|
a)
Mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk mengurangkan atau menyelesaikan baki
pinjaman perumahan yang dibeli secara individu; ATAU pembelian secara bersama
dengan ahli keluara terdekat (ibu-bapa, suami-isteri, adik-beradik, atau
anak-anak) atau individu lain yang tiada pertalian keluarga; ATAU membantu
suami / isteri mengurang atau menyelesaikan baki pinjaman perumahan suami /
isteri.
b) Pengeluaran untuk mengurang atau menyelesaikan baki pinjaman untuk rumah kedua dibenarkan setelah rumah pertama dijual atau berlaku pelupusan pemilikan. |
Kelayakan
Memohon
|
a)
Warganegara Malaysia.
b) Bukan warganegara Malaysia yang menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998, ATAU mendapat taraf Penduduk Tetap (PR). c) Mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM500 di dalam Akaun 2. |
Syarat-syarat
Pengeluaran
|
a) Membeli
atau membina rumah kediaman (banglo / teres / berkembar / apartment /
kondominium / studio apartment / service apartment / townhouse / SoHo / rumah
kedai dengan unit kediaman).
b) Permohonan boleh dibuat SEKALI SETAHUN daripada tarikh pengeluaran perumahan terdahulu. c) Ahli TIDAK LAYAK memohon jika:- (i) Tujuan pinjaman untuk mengubahsuai, membaiki atau membuat kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada atau bagi tujuan peribadi. (ii) Pinjaman berbentuk overdraf. (iii) Pinjaman diambil daripada individu. (iv) Pinjaman untuk mengurangkan atau menyelesaikan baki pinjaman untuk rumah ketiga. (v) Pinjaman untuk mengurangkan atau menyelesaikan baki pinjaman rumah yang dibeli di luar negara. (vi) Baki pinjaman perumahan asal telah selesai. |
Amaun Yang
Layak Dikeluarkan
|
a) Jumlah
baki pinjaman perumahan; ATAU
b) Semua simpanan dalam Akaun 2 |
Kaedah
Bayaran
|
a)
Pengkreditan terus ke akaun pinjaman perumahan
b) Cek jurubank kepada institusi pemberi pinjaman perumahan |
Cara
Permohonan Dihantar
|
a) Serahan
di kaunter
b) Serahan melalui POS |
Pengeluaran Membina Rumah
Ciri-Ciri Penting
|
|
Tujuan
|
a)
Mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembinaan sebuah rumah secara
individu; ATAU pembinaan secara bersama dengan suami / isteri.
b) Pengeluaran untuk membina rumah kedua dibenarkan setelah rumah pertama dijual atau berlaku pelupusan pemilikan. |
Kelayakan
Memohon
|
a)
Warganegara Malaysia.
b) Bukan warganegara Malaysia yang menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998; ATAU mendapat taraf Penduduk Tetap (PR). c) Mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM500 di dalam Akaun 2. |
Syarat-syarat
Pengeluaran
|
a) Membina
sebuah rumah kediaman / rumah kampung di atas tanah milik sendiri atau milik
suami / isteri; ATAU
Suami / isteri membina sebuah rumah / rumah kampung di atas tanah milik ahli; ATAU Ahli membina rumah panjang (bagi Sabah & Sarawak); ATAU Ahli membina sebuah rumah di atas tanah FELDA atau tanah milik agensi kerajaan lain yang diiktiraf. b) Ahli tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan; ATAU Ahli telah membuat pengeluaran untuk membina rumah pertama dan telah menjualnya atau berlaku pelupusan pemilikan dan kemudian membina rumah kedua. c) Ahli tidak layak memohon sekiranya:- (i) Membeli tanah atau lot tapak rumah sahaja. (ii) Mengubahsuai, membaiki / membuat kerja-kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada. (iii) Mengambil pinjaman berbentuk Overdraf. (iv) Membina rumah ketiga. (v) Membina rumah di luar negara. |
Amaun Yang
Layak Dikeluarkan
|
a) 10%
daripada kos bina rumah; ATAU
b) Semua simpanan dalam Akaun 2 |
Kaedah
Bayaran
|
a)
Pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.
|
Cara
Permohonan Dihantar
|
a) Serahan
di kaunter
b) Serahan melalui POS |
Pengeluaran Membeli Rumah
Ciri-Ciri Penting
|
|
Tujuan
|
a)
Mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembelian sebuah rumah.
B) Pengeluaran untuk membeli rumah kedua dibenarkan setelah rumah pertama dijual atau berlaku pelupusan pemilikan. |
Kelayakan
Memohon
|
a)
Warganegara Malaysia.
b) Bukan warganegara Malaysia yang menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998, ATAU mendapat taraf Penduduk Tetap (PR). c) Mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM500 di dalam Akaun 2. |
Syarat-syarat
Pengeluaran
|
a) Membeli
sebuah rumah kediaman (banglo / teres / berkembar / apartment / kondominium /
studio apartment / service apartment / townhouse / SoHo / rumah kedai dengan
unit kediaman).
b) Ahli tidak layak memohon jika:- (i) Membeli tanah atau lot tapak rumah sahaja. (ii) Mengubahsuai, membaiki atau membuat kerja-kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada. (iii)Pemilikan harta tidak melalui transaksi jual beli. (iv) Mengambil pinjaman berbentuk Overdraf. (v) Membeli rumah ketiga. (vi) Membeli rumah di luar negara. |
Amaun Yang
Layak Dikeluarkan
|
a) 10%
daripada harga rumah; ATAU
b) Semua simpanan dalam Akaun 2. |
Kaedah
Bayaran
|
a)
Pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.
|
Cara
Permohonan Dihantar
|
a) Serahan
di kaunter
b) Serahan melalui POS |
Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
Ciri-Ciri Penting
|
|
Tujuan
|
a)
Mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membayar ansuran bulanan pinjaman
perumahan yang diambil bagi tujuan pembelian atau pembinaan rumah.
b) Pengeluaran ini adalah tambahan kepada pengeluaran perumahan sedia ada iaitu Pengeluaran Mengurang / Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan. |
Kelayakan
Memohon
|
a)
Warganegara Malaysia.
b) Bukan warganegara Malaysia yang menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998, ATAU mendapat taraf Penduduk Tetap (PR). c) Mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM500 di dalam Akaun 2. |
Syarat-syarat
Pengeluaran
|
a) Ahli
mestilah merupakan seorang pembeli ATAU pembina DAN peminjam ke atas sebuah
rumah kediaman (banglo / teres / berkembar / apartment / kondominium / studio
apartment / service apartment / townhouse / SoHo / rumah kedai dengan unit
kediaman).
b) Pengeluaran ini boleh dibuat untuk mana-mana rumah di Malaysia tertakluk kepada sebuah rumah bagi setiap ahli. Pengeluaran seterusnya (sekiranya masih ada baki pinjaman) hanya boleh dibuat bagi rumah yang sama. c) Ahli yang mempunyai tunggakan pinjaman perumahan yang berstatus NPL (Non-Performing Loan) dibenarkan untuk memohon Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan (PABPP). |
Amaun Yang
Layak Dikeluarkan
|
a) Jumlah
baki pinjaman perumahan; ATAU
b) Semua simpanan dalam Akaun 2. |
Kaedah
Bayaran
|
a)
Pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.
b) Cek jurubank bagi ansuran bulanan pinjaman perumahan berstatus NPL (Non-Performing Loan) |
Cara
Permohonan Dihantar
|
a) Serahan
di kaunter
b) Serahan melalui POS |
Pengeluaran Perumahan Fleksibel
Ciri-Ciri Penting
|
|
Tujuan
|
a)
Pengeluaran Perumahan Fleksibel adalah proses menghadang atau mengenepikan
sebahagian simpanan dalam Akaun 2 ahli ke Akaun Pengeluaran Perumahan
Fleksibel bagi membolehkan ahli mendapatkan pinjaman perumahan yang lebih
tinggi untuk membeli / membina rumah.
b) Berdasarkan konsep ini, caruman bulanan kepada KWSP dianggap sebagai pendapatan. Dengan ini, ahli boleh mendapat jumlah pinjaman yang lebih tinggi kerana penilaian kredit (credit assessment) ke atas pendapatan bersih turut mengambilkira caruman KWSP (bahagian pekerja dan majikan). Oleh yang demikian, ahli boleh membeli / membina rumah yang lebih tinggi harganya kerana ini boleh melayakkan mereka mendapat pinjaman yang lebih tinggi untuk membiayai pembelian / pembinaan rumah. |
Kelayakan
Memohon
|
a)
Warganegara Malaysia.
b) Bukan warganegara Malaysia yang mendapat taraf Penduduk Tetap (PR). |
Syarat-syarat
Pengeluaran
|
a) Membeli
sebuah rumah kediaman (banglo / teres / berkembar / apartment / kondominium /
studio apartment / service apartment / townhouse / SoHo / rumah kedai dengan
unit kediaman); ATAU
b) Membina sebuah rumah kediaman / rumah kampung di atas tanah milik sendiri atau milik suami / isteri; DAN c) Mengambil pinjaman perumahan bagi tujuan membeli / membina rumah dengan mana-mana institusi kewangan yang diluluskan. b) Ahli tidak layak memohon jika:- (i) Membeli tanah atau lot tapak rumah sahaja. (ii) Mengubahsuai, membaiki atau membuat kerja-kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada. (iii) Mengambil pinjaman berbentuk overdraf atau bagi tujuan pembiayaan semula (refinancing). (iv) Membeli / membina rumah di luar negara. |
Amaun Yang
Layak Dikeluarkan
|
a) Amaun
yang dipohon tidak boleh melebihi Amaun Pinjaman Perumahan.
b) Pindaan simpanan Akaun 2 yang dipohon boleh dibuat seperti berikut: (I) Pindahan simpanan sedia ada daripada Akaun 2 dan pindahan bulanan (mengikut amaun tetap yang dipohon oleh ahli); ATAU (ii) Pindahan bulanan (mengikut amaun tetap yang dipohon oleh ahli) sahaja. c) Pindahan Amaun tetap bulanan tidak boleh diubah dan akan kekal mengikut amaun yang telah dipilih semasa memohon. |
Kaedah
Bayaran
|
a) Apabila
hadangan simpanan telah dibuat, ahli tidak boleh menggunakan simpanan /
caruman dalam Akaun Pengeluaran Perumahan Fleksibel berkenaan bagi tujuan
pengeluaran perumahan, pendidikan, kesihatan dan pengeluaran umur 50 tahun.
Bagaimanapun, simpanan / caruman yang tidak dihadang dalam Akaun 2 masih
boleh digunakan bagi tujuan yang dibenarkan di bawah Akta KWSP 1991 seperti
pengeluaran perumahan, pendidikan, kesihatan dan pengeluaran umur 50 tahun.
b) Amaun dalam Akaun Pengeluaran Perumahan Fleksibel tidak akan diserahhak (assign) kepada institusi kewangan. Amaun tersebut masih milik ahli dan di bawah kawalan KWSP. c) Simpanan dalam Akaun Pengeluaran Perumahan Fleksibel masih menerima dividen tahunan. Bagaimanapun, dividen tahunan berkenaan akan dikreditkan ke Akaun 2 ahli. |
Cara
Permohonan Dihantar
|
a)
Mendapatkan pengesahan pihak institusi kewangan mengenai maklumat pinjaman,
pembelian / pembinaan rumah dan hadangan simpanan bagi tujuan Pengeluaran
Perumahan Fleksibel.
b) Serahan permohonan melalui institusi kewangan. c) Pengeluaran Perumahan Fleksibel mestilah dipohon bersama-sama dengan: (i) Pengeluaran Membeli / Membina Rumah; ATAU (ii) Pengeluaran Mengurang / Menyelesaikan Baki Pinjaman. |
Untuk maklumat selanjutnya, sila layari website KWSP
No comments:
Post a Comment